PAKEJ EKLUSIF
2 HARI ( RM1700)
2 HARI (NIKAH,MLM BERINAI, SANDING & OUTDOOR)
1 CUSTOM ALBUM BERSAIZ (8X12)
1 MOCKUP STICKEY ALBUM BERSAIZ (13X13)
200 KEPING GAMBAR BERSAIZ 4R (UNTUK STICKEY ALBUM)
1 KEPING GAMBAR BERSAIZ 8R (MOCKUP MAJALAH PENGANTIN)
SESI OUTDOOR DAN UNLIMITED SHOT
2 DVD SOFTCOPY KESELURUHAN MAJLIS
PAKEJ EKONOMI
1 HARI ( RM850)
1 HARI SESI PHOTOSHOOT
1 MOCKUP STICKEY ALBUM BERSAIZ (13X13)
120 KEPING GAMBAR BERSAIZ 4R (UNTUK STICKEY ALBUM)1 KEPING GAMBAR BERSAIZ 8R (MOCKUP MAJALAH PENGANTIN)
PAKEJ PERTUNANGAN/ PRE WEDDING
SESI OUTDOOR DAN UNLIMITED SHOT
2 DVD SOFTCOPY KESELURUHAN MAJLIS
SETENGAH HARI (550)
1 SESI PHOTOSHOOT (5 JAM)
1 MOCKUP STICKEY ALBUM BERSAIZ (13X13)
120PCS GAMBAR BERSAIZ 4R
1 KEPING GAMBAR BERSAIZ 8R (MOCKUP POSTER)
SESI OUTDOOR DAN UNLIMITED SHOT
1 DVD SOFTCOPY KESELURUHAN MAJLIS
SHOOT & BURN (350)
1 SESI PHOTOSHOOT (4JAM)
1 DVD SOFTCOPY
PILIHAN MOCKUP STICKEY ALBUM BERSAIZ
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Kebiasaan persoalan yang sering di ajukan oleh kedua mempelai adalah, Ada mockup 8r x..?Cd..?Ada Custom Album..?Jawapannya adalah Ya. Kami di citranusantara fotografi menyediakan perkhidmatan pengeditan dan pengolahan gambar ianya di buat bertujuan untuk sebagai pelengkap hiasan dalam album serta kemasan, agar ianya menampakkan lebih cantik dan menarik dengan design2 serta cita rasa mengikut peredaran masa kini.

MOCKUP MAJALAH PENGANTIN (8x12)
Sebagai pelengkap album, kami menyediakan pengeditan serta pengolahan gambar untuk dimuatkan didalam mockup 8 x 12 sebagai cover majalah seperti yang biasa kita lihat. Ianya dibuat berdasarkan idea serta ketinggian citarasa bagi menghasilkan sesuatu mockup berdasarkan konsep serta idea-idea terkini, untuk menampakkan kemasan dan penghias di dalam album.
CD
Kebiasaanya selepas kerja-kerja selesai, kami akan memberikan set album beserta cd, ianya bertujuan jika kedua mempelai ingin mencetak kembali, dan apa yang menariknya di citranusantara ialah: cd yang diberikan di print di atas cd dengan dimasukkan gambar serta design,supaya lebih kelihatan menarik dan ekslusif dan boleh di simpan sebagai cd koleksi kenangan.
MOCKUP MAJALAH PENGANTIN (8x12)
Sebagai pelengkap album, kami menyediakan pengeditan serta pengolahan gambar untuk dimuatkan didalam mockup 8 x 12 sebagai cover majalah seperti yang biasa kita lihat. Ianya dibuat berdasarkan idea serta ketinggian citarasa bagi menghasilkan sesuatu mockup berdasarkan konsep serta idea-idea terkini, untuk menampakkan kemasan dan penghias di dalam album.
CD
Kebiasaanya selepas kerja-kerja selesai, kami akan memberikan set album beserta cd, ianya bertujuan jika kedua mempelai ingin mencetak kembali, dan apa yang menariknya di citranusantara ialah: cd yang diberikan di print di atas cd dengan dimasukkan gambar serta design,supaya lebih kelihatan menarik dan ekslusif dan boleh di simpan sebagai cd koleksi kenangan.
UNTUK APAKAH ANDA MEMBAYAR JURUFOTO ANDA (MESTI BACA)
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan: 1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)

