Thursday, March 31, 2011

Monday, March 14, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN HAFIZ & ZIHA AHAD 13 MAC 2011

Pengantin: Norhafiz & Naziha
Lokasi: Kg.Parit Serong,Tg Karang.

Pertama sekali aku nak ucapkan sekalung tahniah kepada rakan baik aku iaitu (Norhafiz dan Naziha) yang telah menamatkan zaman bujannya pada 13 mac 2011 yang berlangsung di rumah beliau di lorong Intan B Kampong Parit Serong, Tg.Karang. Beliau (Hafiz) adalah rakan baik dan rakan sepermainan sejak kecil lagi,
teringat dulu-dulu zaman kecik2, memang sentiasa bersama beliau walau kemana-mana..hehe.

Majlis difahamkan bemula 12.30 tghri, dan aku telah sampai awal, walaupun umah beliau ngn umah aku begitu dekat, tapi aku harus datang awal mempersiapkan diri dan standby, kadang-kadang bosan gak shoot sorang-sorang hehe,nak ajak ajey tapi pada masa yang sama pun dia ade job,hehe..xpelah,

Majlis di sempurnakan dengan persandingan kedua mempelai, makan beradab,bergambar dengan ahli keluarga serta sahabat handai dan seterusnya Outdoor, itu semua adalah perkara yang rutin yang biasa aku lakukan dalam satu hari majlis, penat?..jangan ckp la memang penat,tapi xpe yang penting aku happy dan yang paling penting pengantin lagi la happy...Di pendekkan cerita, jam 3.30 sebelum outdoor sempat gak aku rehat ngn pengantin dan kawan2 sebaya kampong termasuk Amri yahya dan isterinya yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Tepat pukul 4.00 petang kami bergegas untuk outdoor, kali ini lokasi outdoor aku pilih tepi pantai (Bagan pasir Tg.karang) atas permintaan pengantin, dan aku cube berikan yang terbaik untuk mereka, untuk tatapan pengunjung korang layan la dulu gambar outdoor ni...





























































































































































































Wednesday, March 9, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN EFFA & NIZAM (SABTU 5 MARCH 2011_

Syukur kehadrat Illahi diberi kuderat dan kesihatan untuk meneruskan lagi job untuk kali ini. Alhamdulillah tarikh 5 haribulan march (sabtu) aku sekali lagi diberi kepercayaan oleh nizam(pengantin lelaki) untuk menggalas tanggungjawab untuk photoshoot kali ini, yang berlangsung di rumah pengantin perempuan (Effa).Kali ini aku bergegas agak awal dalam jam 9.30am dan difahamkan ada 2 pasang pengantin serentak iaitu adik effa sendiri yang turut sama menjadi mempelai pada hari itu. Kebiasaan rutin pada pagi hari adalah untuk shoot makeup yg biasa dilakukan di rumah pihak perempuan.Dan kali ini aku memerlukan khidmat sifoo aku iaitu (Ajey aka Bocah photoshoot) untuk cover adik effa supaya aku tidak kelam kabut dan tidak  terkejar-kejar shoot dalam satu masa,sekali lagi terima kasih untuk AJEY..

Alhamdulillah semua upacara berjalan dengan lancar dan baik sekali, malahan kedua2 pengantin memberikan kerjasama dengan baik..walaupun aku faham pengantin begitu agak penat pada hari itu, tapi mereka tetap memberikan kerjasama dan senyuman. terima kasih sekali lagi.

Untuk Effa dan Nizam aku (jai)doakan kebahagiaan berkekalan hingga ke anak cucu, dan sentiasa sabar dalam menjalani kerukunan hidup berumahtangga Amin...
Terima kasih.