Wednesday, September 28, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN HUNNY + AZNOR

Majlis Pertunangan Hunny+Aznor
Tempat: Taman Chinta Perdana, Ipoh
Outdoor: Gunung Lang Ipoh

Pertama kalinya mengucapkan syukur kehadrat Ilahi, dgn limpah kurniaNYA sekali lagi aku diberi peluang dan kepercayaan untuk meneruskan lagi Job Photoshoot kali ini,..Alhamdulillah.

Tanggal 16 September 2011(jumaat) bersamaan Hari 1 Malaysia, kali ini aku diberi mandat dan kepercayaan sepenuhnya oleh Hunny iaitu bakal pengantin untuk shoot beliau di majlis hari pertunangannya. Baiklah cerita serba sedikit tentang Hunny, Sebenarnya beliau adalah rakan wife aku semenjak mereka bersekolah lagi, mereka adalah rakan sekolah yang x dapat di pisahkan kemana2 mereka tetap ada,(kire geng bas sekolah dulu2) Mereka adalah: Hunny + Izan + Atie + Adah + Linda + Miera..yang aku perhatikan mereka tetap ada kemana sahaja majlis yg mereka adakan walaupun mereka berjauhan sama sekali, tetapi bilamana ada aktiviti yg dilakukan pasti ada mereka..memang best.

Baiklah..cerite pasal persiapan shoot majlis pertunangan Hunny.Tepat jam 8.30 aku mula bergegas meninggalkan rumah dan meneruskan perjalanan kira2 2 jam lebih aku sampai di Ipoh dgn melalui jln lama, tepat pukul 11 lebih tetibe je bdn aku menggeletar petanda perut minta diisi, sbnarnye aku telah mengabaikan perut aku semenjak pg td mmg xde satu bende pun yg masuk dlm gelembung perut ni..cume air sejuk..haha,sbb pepagi nak kejar masa cepat sampai..so aku check in kat kedai ikan bkr  sebelum menghala sampai ke ipoh..aku pun x ingat nama kedai ikan bkr tu...tapi apa yg aku dapati semua lauk pauk dan sayur2ran mmg terhidang dgn bnyaknya mmg selera aku terbukak , rasa mcm masakan mak la pulak..haha.

Tepat jam 2ptg sampainya aku di rumah Hunny, sesampainya je aku dirumah hunny terus aku menuju ke dalam bilik persiapan hunny di mana aku biasenya akan shoot makeover terlebih dahulu,dan Hunny mule berkata eh korang makanla dulu...bagi aku la kan..lau aku mkn nnt dah siap lak makup hunny ni x dpt nak di gambarkan..hehe
(ni aku nak bagi tips kepada sang photgrapher) korang sebelum nak shoot tu pastikan korang dah mkn cukup2 kerana masa majlis begitu panjang dan mungkin kita x sempat nak mkn sebab kita kene kejar moment penting yang tidak boleh katakan tidak dan mesti wajib unutk sesebuah majlis, and kalau korang mkn time majlis tu dikire korang akan terlepas detik2 penting yg sepatutnya ada dlm sesebuah photoshoot, nak dikire pun aku agk terlewat sbb mak andam dah maku-up seprauh hampir siap huhu..dgn pantas aku menembak agar dpt gambar2 yag biase aku nak.

Oklah tepat jam 3.30ptg majlis pun bermula dengan penuh tradisi dan adat. Seperti biasa perjalanan di dalam majlis pertunangan adalah seperti  menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan pertunangan dan perjanjian diantara kedua belah pihak, Alhamdulillah majlis begitu lancar dan baik yg pada aku simple dan mencapai hajat yg sebenar.(Itu sebenarnya yg photgrapher2 harapkan..ringkas dan cepat)hehe...

Hampir jam 4ptg majlis selesai dan rombongan mula menjamu selera, di kesempatan itu aku lakukan shoot2  dan possing2 wajib yg bese dilakukan oleh semua org photgrapher, tidak ketinggalan sahabat handai dan sanak saudara yg ingin mereka abadikan memori mereka bersama Hunny..memang meriah dan  macam2 gaya sepontan yg mereka lakukan ..memang sporting habis...

Aku difahmkan selepas majlis bertunang, Hunny minta untuk aku untuk shoot Pre-wedding beliau sekali pada ptg tu...Apa yg aku takutkan adalah cuaca pada masa tu hujan turun dengan selebat2nya siap dgn angin puting beliung berputar2(ceh xdelah..tpi lebat la)...Alamak..Alamak..Alamak..!!(seribu persoalan kat kotak fikiran aku)..cmne nak wat outdoor ni..aku kesian kat Hunny andaikate x dpt pg dlm keadaan yg x mengizinkan, terpaksa aku membuat Plan KE 2, tetapi aku di fahamkan sekali lagi tempat yang kiteorang outdoor tu langsung x hujan (setelah info diberikan kepada rakan aku iaitu Encik Rais(Suami Adah)dimana rumah beliau berhampiran dengan tempat outdoor(dlm hati aku Alhamdulillah)...bermakne area kawsan rumah Hunny je yg hujan...Hujan Rahmat. Dengan sisa2 masa yang ada kami terus bergegas ke lokasi perjalanan yg memakan masa hampir 45 minit jgk untuk sampai ketempat tu.

Setibanya sampai aku terus keluar dan melihat keindahan sekeliling tempat outdoor yg pada aku mmg x pernah ada di kawasan2 sebelum ini, sungguh unik dan menarik. Apa yg menariknya tentang tmpt outdoor ni sperti sebuah pulau dan kami kene menyeberangi tasik yang besar untuk sampai di kawasan taman dgn menaiki bot.kpd kawan2 di luar sana (kunjungilah Gunung Lang Ipoh)..hehe siap promo.Sapa2 yg rajin search la kat internet..mmg bnyk tempat2 dan sudut menarik sesuai bagi golongan2 photgrapher untuk shoot kat sane.Untuk tatapan korang..korang layan la dulu gambar2 yang aku dapat publishkan ini.

Buat pasangan Hunny + Aznor..aku doakan  agar korang cepat2 ke jinjang pelamin,dan semuanya akan selamat seperti yg di rancangkan, Mudah-mudahan Amin..








 











































 











































































No comments:

Post a Comment