Antara perdebatan yang sudah sekian lama berlegar legar di facebook, ruang forum, chatroom, malah di kedai kopi, ialah adakah wajar kita sunting atau tidak. Ada yang mengatakan, gambar yang tidak disunting adalah yang asli, ada juga yang mengatakan gambar yang tidak disunting itu tidak cantik dan menarik. Pelbagai pendapat dan fakta sehingga kadangkala menimbulkan rasa tidak selesa dan bahasa-bahasa sindir yang kurang manis dan tidak elok.
Kalau di tanya pada saya, saya akan menjawab, perlu atau tidak adalah bergantung kepada gambar tersebut dan juga keperluan. Sekiranya perlu di sunting, maka suntinglah, kalau tak perlu, tak perlulah.T
Masalahnya, bilamana kita perlu sunting dan tidak perlu sunting?
Perkara sunting itu sendiri menuntut pemahaman diri kita sendiri, apakah maksud penyuntingan? ada yang menyunting kerana ingin membetulkan kesalahan exposure dan sebagainya. Ada yang menyunting kerana perlu mendapatkan exposure yang lebih sesuai kerana masalah kemampuan kamer aitu sendiri, sebagai contoh masalah HDR.
Ada juga yang menyunting kerana ini mengisikan gambar dengan kesan kesan khas yang memberikan impak. Ada juga yang sekadar ingin menyerlahkan kecantikan atau kejelasan gambar.
Kepada para artis foto yang berkerja dalam bidang fotografi fesyen dan produk, sudah tentu banyak penyuntingan diperlukan bagi mendapatkan impak yang tertentu. Dan jurufoto kewartawanan, sudah pasti penyuntingan hanya dibenarkan pada tahap yang minimum bagi menjaga keaslian dan penceritaan yang sebenar. Jadi soalannya, benarkah gambar yang disunting itu sudah tidak asli dan menunjukkan ceteknya ilmu jurufoto tersebut?
Jawapan saya mungkin ya atau mungkin tidak. Saya tidak tahu kerana saya tidak kenal jurufoto tersebut. Malah sekiranya kenal, pasti saya tak mampu menduga tingginya ilmu jurufoto tersebut.
Perdebatan tentang gambar suntingan wajar atau tidak cumalah satu perdebatan hasil sifat ego, riak dan takbur manusia, dan mungkin juga sifat manusia yang suka menjaga tepi kain orang. Hanya kerana ada ilmu yang sedikit, wajarkah meletak dan menilai orang lain hanya kerana kemahuan yang berlainan.
Nilai sekeping gambar ada pada maksud dan cerita dalam gambar tersebut. Samada di sunting atau tidak, nilai sesebuah gambar hanyalah penting pada mereka yang memerlukannya.
(dipetik dari ADHADI MOHD)
No comments:
Post a Comment