Tuesday, August 3, 2010
KUSYUKURI PEMBERIANMU...
Alhamdulillah masih lagi di beri kudrat dan kekuatan,aku meneruskan langkah ini dengan berjalan2 sambil menikmati keindahan ciptaanNYA..
Setelah penat di bebani dengan kesibukan kerja,lalu aku memutuskan untuk merehatkan sejenak otakku yang kian lesu ini,lantas..aku menuju ke Taman Cahaya Sri Alam..untuk merehatkan mindaku..(dalam hati..eh ok lagi ke tempat ni?)...bukannye apa..pada 2 tahun yang lepas tempat ini begitu tidak terbele..dengan pelbagai facilities yang semuanya boleh dikatakan tidak berfungsi...dan disempurnkan dengan baik..lantas aku saja teringin mencuba sekali lagi dengan penuh harapan..
Alhamdulillah sesampainya aku disana..berduyun2 pelawat x kira dalam dan luar negeri..memenuhi kaunter tempat bayaran masuk...tidak terkecuali rombongan sekolah kanak-kanak..yang turut serta dalam memenuhi aktiviti santai mereka..
setelah menunggu bas mini hampir kira-kira 25 minit..akhirnya bas tiba,dan aku mula menaiki bas tersebut walaupun agak begitu tidak selesa kerana kami semua di ibaratkan (sardin dalam tin)..hehe..dan aku terpaksa duduk di tangga bas sambil memegang kuat besi kerusi..al maklumla brader yang bawak bas tu ala-ala mcm nak drift..kecut gak perut aku bile ambil selekoh tajam sambil menuruni bukit..hehe,tapi mmg best sebab bas mini tu mmg xde bertingkap dan angin on air...mmg sejuk...
Di pendekkan cerita..aku memilih taman herba sebagai destinasi aku...sebab kat situ kawasan bukit yang tinggi dan banyak pokok rendang yang redup serta lalang yang menghijau..satu pemandangan yang baik bagi pencinta alam..hehe..lalu aku dengan rakusnya menembak view2 yang aku suke..walhal aku tidak menggunakan sebarang wide lens..huu,dalam hati x pela..asal aku enjoy pemandangan kat cni..tepat jam12.00 aku sampai di puncak bukit..lalu aku trus meletakkan perkakas ku di wakaf yang telah di sediakan...dan aku mule setting kameraku dengan apperture yang paling tinggi x silap..aku pakai f.11 iso200 shutter speed aku bagi 125 ke 160 builtin flash +0.5.lalu aku mule menembak objek dan awan..sebab bile cuace terik aku suke pakai f.11 sbb nak dapatkan awan biru..tapi harus di ingat..!! kene gune teknik fill light untuk berikan objek jelas dengan simbahan cahaya dari flash..setelah mencube beberapa kali..akhirnya aku dapat apa yang aku nak...dengan tersenyum simpul tende gumbire..
Dan apa yang anda dapat lihat gambar di atas adalah hasil dari gambar yang saya telah di edit dan cuber berikan kelainan dan suasana..sebab aku suke gak teknik effect cmni..khususnya kalau dalam buat edit custom album dan sbgainya..
akhirkata...setiap pemberian yang datang dariNYA , sebagai umat dimuka bumi ni haruslah sedar dan sentiasa mengucapkan rasa kesyukuran di atas pemberian nikmat yang tidak terhingga yang tanpa kita sedari..
selamat berjumpa di lain episod..
Salam.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment